1 April 2012..kalau agama lain kata april fool.. kita umat islam xpayah la nak sambut 'april fool' ni...xelok kalau kita menipu orang..
Dr. Yusuf al-Qaradawi hafizahullah:
Beliau menyebutkan bahawa menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak
layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia
adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah sallAllahu
`alaihi wasallam bersabda:
“Orang munafik mempunyai tiga ciri: Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah.” [HR al-Bukhari dan Muslim]
Rasulullah sallAllahu Alaihi Wassalam memberikan amaran ke atas
perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda sallallahu
`alaihi wasallam bersabda:
“Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia,
kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi,
dan an-Nasai’e]
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam juga bersabda:
“Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia
meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan
berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani].
Sebahagian hadis Nabi sallallahu `alaihi wasallam turut memberikan
amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara
serius mahupun bergurau. Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam
bersabda:
“Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]
Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang di dalam apa bentukpun. Sambutan
ini (hari April Fool) adalah dilarang kerana empat sebab:
1.Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
2.Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan
itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli
keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.
3.Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.
4.Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.
#* renung-renungkan ,selamat beramal...
No comments:
Post a Comment